Overtime Hari Cuti

As-salam..

Kadang-kala aku rasa sia-sia bila aku ambil cuti tapi kena kerja jugak.. Tadi masa aku tengah sidai kain, tiba-tiba supervisor call minta tolong aku masuk kerja sebab staff tak cukup.. Well, sebab taknak lukakan hati sesiapa selain aku pon dapat overtime, boleh la cari duit lebih sikit.. Tapi hari ni overtime pon penat giler.. Hantar folder ke shop lot, angkat kotak dan satu lagi angkat rak dari kabin.. Gambar adalah seperti berikut :

Pic 1
(Dari Kiri : Hanif a.k.a Chicken, Mamun Mia a.k.a Maimun & Thiru a.k.a The Boss)

Pic 2
(Chicken Di Depan Sementara Maimun Yakni Co-Driver Membawa Rak Dengan Hati-Hati, Eksiden Nanti Masuk Hospital Pulak.. Ehh, Kitaorang Memang Keje Hospital Pon.. Hahaha)

Walaupun penat, tapi lunchtime kitaorang disupport oleh Abang Kamal a.k.a Orang Kaya MRD sebab tolong dia buat kerja pindah-pindah barang ke shop lot nih.. Apa-apa pun, terima kasih ye bang.. Rasanya bil saya makan tadi adalah dalam 10 ringgit.. Hahaha.. Tu baru makan nasi je tuh.. Belom mintak benda lain tuh.. Kui kui kui.. Oleh kerana aku dari malam semalam tak makan, tak sempat masak(tengah sidai kain) kena call suruh datang kerja so aku tibai kaw-kaw bila orang nak belanja makan nih.. Hehehe..

Kata Dua : Kenyang Sampai Ke Malam.. Zzzzz..

Merah Itu Warna Kehidupanku

As-salam..

Warna merah adalah antara warna faveret aku.. Mungkin kerana sejak dari kecil aku disemaikan dengan warna hero dari siri drama bersiri ini :

http://topotato.com/image/rangers/red%20rengers.jpg
(Power Rangers : All Red Rangers)

Bukan saja pakaian aku sukakan warna merah, warna motor warna merah, dan juga kereta aku akan dicat warna merah(Ini idea ayah aku).. Hahaha.. memang jodoh aku dengan warna merah kot.. So, pada gadis di luar sana, sila suka warna merah kalau nak mengorat saya.. Kui kui kui..

Kata Dua : Merah Itu Lambang Keberanian.. Yeah..

Makan Lagi..

As-salam..

Hai semua.. Hari ni amat seronok.. Yelah, dapat makan free lagi.. 2 hari lepas abang aku belanja pizza hut, tadi pulak ada orang belanja McD.. Siapa orangnya? Biarlah rahsia.. Hehehe..


~Ahad Lepas~
(Sebelum)


(Selepas)

~Hari Ini~
(Ada French Fries, Burger, Air Pepsi)

Well, jadilah ini untuk aku.. Asalkan orang belanja aku makan ajer.. Hihi... Entry akan datang aku nak kongsi satu cerita lawak yang jadi pada aku masa sekolah dulu yang masih aku ingat sampai ke hari ini.. Tunggu yer..

Kata Dua : Hipotesis; Semakin Banyak Makan Semakin Gemuklah Aku.. Haha..

Category: 0 comments

Orang Sakit

As-salam..

Orait, kali ni aku masukkan gambar orang sakit, haha.. Semalam aku pergi melawat orang sakit nih.. Si Shahrir ni masuk ward sebab denggi.. Errmm.. Kalau nak diikutkan aku trauma sikit ward-ward nih sebab aku teringat kat emak aku yang meninggal dulu kat hospital.. Sini cucuk, sana cucuk.. Seram siottt.. Tapi dah member sakit, aku pergilah jugak menjenguk, nanti apa pulak katanya kan? Apa-apa hal pon, jom tengok gambar nih...


(Dah Sakit Pon Boleh Buat Peace Lagi)

Oppss.. Ada lagi gambar.. Hehe..


(Macha Dua Nih Member Tempat Keje, Sorang Duduk Sorang Baring Dah Macam Dia Je yang Sakit)


(Masa Ni Keluar Jalan-Jalan Ambil Angin. Sakit-Sakit Pon Boleh Merayap Lagi.. Hahaha)


(Lepas Jalan-Jalan Terus Kena Baring, Check Blood Pressure..)

Kami ni duduk takdelah lama sangat dekat ward tu(dalam sejam gitu), tapi sampai kena halau dek nurse kat gambar atas nun(mana taknya, visitor kat sebelah pon gelak dengar kami punya cerita).. Haha.. Seronok jugak kacau dia buat kerja.. Nak amik gambar ni pon nurse tu marah(tapi haku amik jugak.. Hahaha.. Pedulik hape, fon aku..). Ikut kata doktor semalam, Shahrir punya blood pressure dah ok.. Maybe hari ni dah discharge pon.. Gambar yang aku amik ni gambar lepas dia mandi, so tak busuk.. Mana taknya, siap sembur diodorent(betul ke ejaan nih?) sampai berbau wangi satu bilik ward tuh.. Hahaha...

Kata Dua : Semoga Cepat Sembuh, Boleh Cepat Kerja.. Hahaha..

Makan Malam & Denggi

As-salam..

Hari ni nak cerita pulak pasal makan.. Tadi aku keluar makan, pegi kedai mamak je, 5 Bintang(Ehem, kedai tu memang nama Restoran 5 Bintang,hehe).. Situ je yang terdekat. Malas nak pergi jauh-jauh.. Makan pun cuma roti canai je.. Tak berapa boleh masuk..


Nah.. Tu dia.. Makan pon tak abes.. Rugi rugi.. Huhu.. Yep, hari ni sorang member tempat keje aku masuk ward sebab suspek denggi.. kesian dia.. seminggu cuti sakit.. Muntah la suma aku dengar.. Badan dia dah la keding, pastu aku rasa mesti lagi keding.. Penat je dia berusaha menaikkan badan dia.. Hehe.. Semoga cepat sembuh weh!!

Kata Dua :
Jagalah Persekitaran Rumah Kita..
Category: 0 comments

Duhai Malam

As-salam..

Hari ini aku tak berbuat apa-apa.. Aku hanya berehat di rumah lepas seminggu berhempas pulas bekerja.. Hari ini amat sunyi.. Cuma ada orang kahwin siang hari tadi.. Topik kali ini adalah mengenai minat aku.. Semua orang tahu, di Malaysia tak ada musim bunga, musim panas, musim luruh mahupun musim salji.. Yang ada hanyalah musim tengkujuh(hujan).. Negara kita tak seperti negara asia yang lain yang mana ada salji dan musim bunga seperti Jepun & Korea. Tapi itu bukanlah masalah..

Apa yang aku mahu kongsikan ialah, aku amat suka waktu malam.. Pukul 10 tepat, aku akan menutup lampu dan pergi ke tingkap bilikku untuk melihat suasana waktu malam..

http://meneksedia2.pblogs.gr/files/52887-alone3.jpg
(Gambar Sekadar Hiasan)

Antara sebab aku menyukai waktu malam ialah, aku dapat melihat bintang.. Sambil angin malam menyentuh tubuhku, memang seronok.. Yang paling penting ialah diwaktu malam juga aku dapat melihat bulan.. Oh bulan.. Yang terang di atas langit sana.. Aku selalu memandang kearahnya sampaikan leherku lenguh.. Bulan sentiasa membuatkan aku ingat pada seseorang walaupun orang itu tak semestinya mengingati aku.. Tapi, hari ini tiada bulan mahupun bintang sebab hari hujan.. Tak mengapa, akan ku tunggu hari esok demi bulan..

Kata Dua : Duhai Malam...
Category: 0 comments

Banglo Baru..

As-salam..

Hai semua.. Blog ini baru saja dibuat.. Tujuan cuma sekadar berkongsi cerita.. Hehe.. So, hope korang enjoy dengar semua cerita kat sini.. Sebarang komen amatlah digalakkan.. Wokeh.. ;)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbRQp3TZIGurnGx-5TkKeOciW_TWpBeZFQVBUOzG465OW6mFQYPYBd1-m_FOMRnq4zSpQYJiaJhkqf4D5Z40-0a-bywA07_ZKcdVKk7Mmxsb9Vnrmzfs_-uTEXZCVD0hQIjPr6IVhxSw5Q/s1600-r/banglo.jpg
(Gambar Sekadar Hiasan)


Kata Dua : Hope Blog Ni Kekal Lama.. Hihi..
Category: 0 comments

Perhatian Kepada Pendatang!!

Selamat Datang.. Pada Yang Kenal Ataupun Belum Kenal Serta Yang Nak Kenal, Tinggalkan Mesej Di Chatbox, Okay?