Hari ini aku tak berbuat apa-apa.. Aku hanya berehat di rumah lepas seminggu berhempas pulas bekerja.. Hari ini amat sunyi.. Cuma ada orang kahwin siang hari tadi.. Topik kali ini adalah mengenai minat aku.. Semua orang tahu, di Malaysia tak ada musim bunga, musim panas, musim luruh mahupun musim salji.. Yang ada hanyalah musim tengkujuh(hujan).. Negara kita tak seperti negara asia yang lain yang mana ada salji dan musim bunga seperti Jepun & Korea. Tapi itu bukanlah masalah..
Apa yang aku mahu kongsikan ialah, aku amat suka waktu malam.. Pukul 10 tepat, aku akan menutup lampu dan pergi ke tingkap bilikku untuk melihat suasana waktu malam..

(Gambar Sekadar Hiasan)
Antara sebab aku menyukai waktu malam ialah, aku dapat melihat bintang.. Sambil angin malam menyentuh tubuhku, memang seronok.. Yang paling penting ialah diwaktu malam juga aku dapat melihat bulan.. Oh bulan.. Yang terang di atas langit sana.. Aku selalu memandang kearahnya sampaikan leherku lenguh.. Bulan sentiasa membuatkan aku ingat pada seseorang walaupun orang itu tak semestinya mengingati aku.. Tapi, hari ini tiada bulan mahupun bintang sebab hari hujan.. Tak mengapa, akan ku tunggu hari esok demi bulan..
Kata Dua : Duhai Malam...

0 comments:
Post a Comment